English French German Spain Italian Dutch

Russian Brazil Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
NAHDLATUL ULAMA BERKOMITMEN TETAP MEMPERTAHANKAN PANCASILA DAN UUD 1945 DALAM WADAH NEGARA KESATUAN REPUBLIK INDONESIA Karena menurut NU, Pancasila, UUD 1945 dan NKRI adalah upaya final umat Islam dan seluruh bangsa Indonesia

Syaikh Yasin Isa Al-Fadani , Ensiklopedia Islam Berjalan

Diposting oleh Musholla BAITUL HASAN Selasa, 20 Maret 2012


Dalam dekade lima puluhan yang lalu,halaqah hadis SYAIKH MUHAMMAD YASIN AL PADANGI dibanjiri ramai penuntut dari dalam dan luar Mekkah,untuk mendengar kuliah hadis yang disampaikan oleh Syeikh Yasin serta memperoleh sanad hadis yang istimewa.Penuntut-penuntut dari Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut bersaing dalam halaqah ini.

Tokoh yang sedang diperkatakan disini ialah Syaikh Yasin seorang ulama ensiklopedia.Beliau pakar dalang bidang hadis .fiqh,usul fiqh dan ilmu falak. Kepakaran beliau dalam bidang hadis dapat dilihat pada gelaran para ulama pada beliau iaitu “Musnid Dunya”Nama penuh beliau Abu al-Faid Muhammad Yasin Bin Isa al-Fadani ,dilahirkan pada tahun 1335 H/1916 M di daerah Padang Indonesia dan wafat di Makkah pada 28 Dzulhijjah 1410 H/21 Julai 1990 M pada hari Khamis malam Jumaat.

Riwayat Syeikh al-fadani yang coba Saya paprkan ini, bukan ulama tempatan yang biasa diperkenalkan melalui akhbar dan majalah, bukan seorang Tuan guru yang pernah membuka pondok lalu namanya terukir bersama nama kampung, pondok dan jama’ahnya. Tetapi beliau seorang Ulama yang sebanding dengan nama seperti Imam Abu al-Taib Syamsyuddin al-‘Azim Abadi dan Syeikh Muhammad Khalil as-Saharanpuri. Syeikh al-Fadani bertemu dengan dua nama ini dalam satu kurun mereka merupakan pengarang kitab Syarah Sunan Abu Daud, salah satu koleksi hadis yang mahsyur.

Tokoh ini seorang ulama yang terkenal luas pengetahuannya dalam bidang
hadis ,terutama dalam pengkhususan sanad dan musalsalat. bahkan beliau diberi julukan Musnid al-‘Asr.

Tidak terkejut jika Syeikh al-Fadani dikejar dan diburu oleh pencipta sanad hadis untuk mendapatkan silsilahnya yang lebih tinggi.Kepentingan sanad dalam perawian hadis digambarkan oleh Imam Abdullah Ibn Mubarak rahimullah ta’ala sebagai keperluan untuk mempertahankan agama Islam itu sendiri..Sehubungan ini, beliau berkata :

لولا الاسناد لقال من شاء ما شاء الاسناد من الدين
“Sanad sebahgian dari agama ,tanpa sanad orang bebas bercakap apa yang disukainya”

Sejarah mencatatkan para ulama hadis pernah merantau berbulan lamanya demi mendapatkan satu hadis menelusuri sanad yang tinggi dan dipercayai ada di negeri –negeri tertentu,mereka sedia mengeluarkan biaya yang besar,hanya untuk mendapatkan satu hadis.

Syeikh Yasin murid yang sangat rajin dan tekun dalam menuntut ilmu dan belajar pada ulama , maka tidak heran kalau beliau mempunyai banyak guru, diantara guru-gurunya adalah:

1. Syeikh Muhammad Ali bin Husain bin Ibrahim al-Maliky al-Makky

2. Syeikh Abi Ali Hasan bin Muhammad Massath al-Makky

3. Syeikh Umar bin Hasan Al-Mahrasi al-Maliky

4. SyeikhUmar Bajunaid (Mufti as-Syafi’iyah)

5. Syeikh Said bin Muhammad al-Yamani

6. Syeikh Hasan Yamani

7. Syeikh Muhsin bin Ali al-Musawi al-Falembani al-Makky

8. Syeikh Abdullah Muhammad Ghozi al-Makky

9. Syeikh Ibrahim bin Dawud al-Fathoni al-Makky

10. Sayyid Alawy bin Abbas al-Maliky al-Makky

11. Sayyid Muhammad Amin Kutbi al-Makky

12. Syeikh Ahmad al-Mukhollalati al-Sami al-Makky

13. Syeikh Kholifah al-Hanadi al-Nabhani al-Bahraini al-Makky

14. Syeikh Ubaidillah bin al-Islam al-Sindi al-Duyubandi

15. Syeikh Husain Ahmad al-Faidz Abbadi

16. Syeikh Abdul Qodir bin Taufiq al-Halabi

17. Syeikh Muhammad Abdul baqi al-Laknawy al-Ansori

18. Syeikh Abdul hadi al-Midrasi

Mereka adalah sebagian dari guru-guru Syeikh Yasin dalam belajar kitab dan Ijazah Sanad Perawi hadis, dan masih banyak lagi guru-guru beliau, bahkan dalam ilmu Riwayat Sanad hadist beliau banyak menemui ulama-ulama dari berbagai Negara sampai 700 guru baik lelaki maupun perempuan hanya demi mendapatkan Riwayat Sanad hadist.

KARYA ILMIAH DAN KARANGANNYA

*Dalam ilmu Hadis
1. Al-Durul al-Mandhut Sarah Sunan Abi Dawud 3 Jilid
2. Fatfu al-Allam Sarah Bulughu al-Maram 4 juz

*Ilmu Ushul Fiqh dan Qowaidul Fiqh
1. Bughyatu al-Mustaq sarah Luma’ Syeh Aby Ishaq 2 Juz
2. Hasiyah ala al-Ashbah wal al-Nadhoir fil furu’ al- Fiqhiyyah lil-Suyuty
3. Tatmimu al-Duhul Takliqot ala Madkholi al-Wusul ila al- Ilmi al-Ushul
4 . Al-Durru al-Nadhid hawasyi ala kitab al-Tamhid lil-Asnawi Al-Fawaid al-Janiyyah hasiyah ala al-Mawahibu al-Saniyyah ala qowaid al-Fiqhiyyah
6. Ta’liqot ala al-luma’ al-Syeh Abi Ishaq
7. Idhoatu al-Nur al-Lami’ syarah al-Kaukabu al-Syathi’ (nadhom) Jam’u al-Jawami’
8. Hasiyah ala al-Talattufi sarah al-Ta’arruf fi al-Ushul Fiqhi
9. Nailu al-Ma’mul hasyiah ala Lubbi al-Ushul wa sarkhihi Ghoyatu al-Wushul

*Dalam berbagai ilmu
1. Janiu al-Tsamar syarah Mandhumah Manazil al-Qomar
2. Al-Muhtadhor al-Muhadzab fi Ihtihroji al-Auqat wa al- qobilah bi al-Rub’i al-Mujib
3. Al-Mawahibu al-Jazilah sarah Tsamratu al-Wasilah fi al- Falaki
4. Tastnifu al-Sam’i Muhtashor fi ilmi al-Wadh’i
5. Bulghotu al-Mustaq fi ilimi al-Istiqaq
6. Manhalu al-Ifadah hawasi ala Risalati al-Bahsi Lathosyi Kubri Zadah
7. Husnu al-Shiyaghoh syarah kitab Durusi al-Balaghoh
8. Risalah fi al-Mantiqi
9. Ithafu al-Kholan Taudhihu Tuhfatu al-Ikhwan fi Ilmi al- Bayan li al-Dardiri
10. Al-Risalah al-Bayaniyyah ala Thoriqati al-Sual wa al-Jawab

*Dalam Ilmu Riwayat Sanad
1. Madmahu al-Wujdan fi Asanidi al-Syeh Umar Hamdan 3 Juz
2. Ithafu al-Ihwan bi Ikhtishori Madmahi al-Wujdan 2 Juz
3. Tanwiru al-Bashirah bi Turuqi al-Isnad al-Syahirah
4. Faidzu al-Rahman fi Tarjamati wa Asanidi al-Syeh Kholifah bin Hamdi al-Nabhan
5. Al-Qaulu al-Jamil bi Ijazati al-Sayyid Ibrahim Aqil
6. Faidzu al-Muhaimin fi Tarjamati wa Asanidi al-Sayyid Muhsin
7. al-Maslak al-Jaly fi Tarjamati wa Asanidi al-Syeh Muhammad Aly
Al-Waslu al-Sati fi Tarjamatiwa Asanidi al-Sihab Ahmad al-Mukhollalati
9. Asanidu Ahmad bin Hajar al-Haitami al-Makki
10. Al-Irsyadat fi Asanidi Kutub al-Nahwiyyah wa al-Shorfiyyah
11. Al-Ujalah fi al-Ahaditsi al-Musalsalah
12. Asma al-Ghoyah fi Asanidi al-Syeh Ibrahim al-Khozami fi al-Qiroah
13. Asanidu al-Kutub al-Hadisiyyah al-Sab’ah
14. Al-Iqdu al-Farid min Jawahiri al-Asanid
15. Ithafu al-Bararah bi Ahadisi al-Kutub al-Hadisiyyah al- Asyrah
16. Al-Riyadz al-Nadzrah fi Ahadisi al-Kutub al-Hadisiyyah al- Asyirah
17. Ithafu al-Mustafid bi Nuri al-Asanid
18. Qurratu al-Ain fi Asanidi A’lamu al-Haramain
19. Ithafu uli al-Himam al-Aliyyah bi al-Kalam ala al-Hadist al- Musalsal bi al-Awwaliyyah
20. Waraqat fi Majmuati al-Musalsalat wa al-Awa’il wa Asanid al-Aliyyah
21. Al-Durru al-Farid min Durari al-Asanid
22. Bughyatu al-Murid min Ulumi al-Asanid 4 Jilid
23. Al-Muqtathaf min Ithafi al-Akabir bi Marwiati Abdul Qadir al-Shodiqi al-Makky
24. Ihtishor Riyadhi Ahli Jannah min Atsari Ahli Sunnah li Abdi al-Baqi al-Ba’li al-Hambali
25. Faidzu al-Ilah al-Aly fi Asanidi Abdul Baqi al-Ba’li al- Hambali
26. Arbauna Haditsan mi Arba’ina Kitaban an Arbaina Syaikhan
27. Al-Arba’una al-Buldaniyyah Arba’una Haditsan an Arba’ina Syaihan an Arba’ina Baladan
28. Arbauna Hadistan Musalsal bi al-Nuhad ila al-Jalal al- Suyuti
29. Al-Salasilu al-Muhtarah bi ijazati al-Mu’arrih al-Sayyid Muhammad bin Muhammad Ziarah
30. Tidzkaru al-Masafi bi Ijazati al-Fahri Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
31. Al-Nafhatu al-Makkiyah fi Al-Asanidi al-Makkiyah Ijazah li al-Nabighoh al-Khodhi Muhammad bin Abdullah al- Umari
32. Fathu al-Rabbi al-Majid fima li Asyakhi min Fara’idi al- Ijazah wa al-Asanid
33. Silsilatu al-Wuslah Majmu’ah Muhtarah min al-Ahadisti al- Musalsal
34. Al-Kawakibu al-Darari bi ijazati mahmud Said mamduh al-hohiri
35. Faidhul Mabdi bi ijazati al-Syeh Muhammad Iwad Mankhos al-Zubaidi
36. Al-Faidhu al-Rahmani bi Ijazati Samahati al-Allamah al Kabir Muhammad Taqi al-Ustmani

TULISAN ATAU TA’LIQ BELIAU DALAM TSABAT
1. Nihayatu al-Mathlab ala al-Abbi fi Ulumi al-Isnad wa al-Adab
2. Risalatani ala Tsabati al-Amir (al-Durru al-Nadhir wa al-Raudhu al-Nadhir fi Majmu’i al-Ijazat bi Tsabati al-Amir)
3. Risalati ala al-Awa’il al-Sunbuliyyah (al-Ujalah al-Makkiyyah wa al-Nafhatu al-Makiyyah )
4. Waraqat ala al-Jawahir al-Tsamin fi Arba’I an Hadistan min Ahadisti Sayyidi al-Mursalin, li al-Ajluni
5. Ithafu Albahi al-Sary ala Tsabati Abdul Rahman al-Kazbary
6. Ta’liqat ala Kifayati al-Mustafid li al-Syeh al-Turmusy
7. Tahqiqu al-Jami’ al-Hawi fi Marwiyati al-Syarqawi

Perintis Madrasah Banat

Karena keprihatin beliau pada masyarakat Islam maka pada bulan Rabiulawal tahun 1362 H Syeikh Yasin merintiskan dan mendirikan Madrasah Ibtidaiyah banat atau putri di Syamiyyak Makkah al-Mukaramah. Perjalan Madrasah banat ini dari tahun ke tahun berkembang pesat, hal ini terbukti semakin banyaknya pelajar dan alumni, karena Madrasah banat ini adalah yang pertama di kota Makkah bahkan di kerajaan Saudi Arabia, sehingga pada tahun 1347 H didirikan Maha’ad Muallimat.

Syeikh Yasin wafat pada hari Kamis malam Jum’at tanggal 28 Dzulhijjah 1410 H disholatkan di masjid al-Haram dan dimakamkan di pemakaman Ma’la Makkah al-Mukarramah.
(Sumber Artikel)










0 komentar

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
INGAT, PEMILU / PILKADA JANGAN GOLPUT :
SATU SUARA ADALAH SATU HARAPAN JIKA SATU SUARA TERBUANG BERARTI SATU HARAPAN HILANG
JIKA ANDA GOLPUT ANDA KEHILANGAN KESEMPATAN MEMPERBAIKI BANGSA INI

PEMBERITAHUAN LAMAN INI MENERIMA SUMBANGAN ARTIKEL KEASWAJAAN, KEBANGSAAN DAN KEINDONESIAN Kirimkan Artikel anda ke : alhasan-petarukan@gmail.com